24 Jun 2008

FAKTA DAN KHASIAT KURMA

1.MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP IQ (KECERDASAN & KECERDIKAN) BERITA HARIAN Selasa 20hb Februari 2001
“Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.”

Prof Madya Aziah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM

2.MEMBANTU UNTUK MENGATASI MASALAH KESIHATAN
BERITA HARIAN Selasa 20hb Februari 2001
“Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.”

Prof Madya Aziah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM

Gabungan dengan “HABBATUS SAUDA”
Daripada kitab Sahih Bukhari, Abu Hurairah berkata beliau pernah mendengar Rasullullah s.a.w berkata: “Tetaplah kamu dengan ‘Habbatus Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala jenis penyakit kecuali al-sam atau mati.” Gabungan dengan “MADU” “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia dengan berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir .” Surah An-Nahl: Ayat 69

3.MEMBANTU UNTUK MEMBENTUK PERIBADI YANG MULIA “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.” Hadis Riwayat BUKHARI

4.AMAT SESUAI UNTUK AMALAN BAGI IBU-IBU YANG SEDANG MENGANDUNG “Buah kurma juga mampu memanaskan badan, merangsangkan kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan..”
Prof Madya Aziah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM

5.SEBAGAI AMALAN MAKANAN
HARIAN BERITA HARIAN Ahad 26 Januari 2003
“Corak pemakanan saya amat ringkas. Saya tidak banyak makan gula, mahupun karbohidrat dan makanan berlemak. Bagi saya, empat butir kurma, jambu air atau jika tidak ada musim jambu, saya memilih epal untuk sarapan pagi… Itulah sarapan pagi saya selama berpuluh tahun.”
Prof Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid

MINGGUAN MALAYSIA Ahad 8 Januari 2006
“Ada juga ibu bapa yang makan kurma dan kismis untuk mendapatkan anak yang cerdik. Amalan mengambil kurma dan kismis diteruskan sebaik sahaja kanak-kanak itu berada di peringkat prasekolah.”
Dr. Kamaruddin Ahmad (Pakar Pediatrik Hospital Pusrawi)

Tiada ulasan: