07 Mac 2008

Habbatus Sauda

Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”

Habatussauda adalah biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati berbagai macam penyakit. Nigella Sativa Semen adalah biji dari Nigella Sativa yang dapat mereproduksi dengan sendirinya, di mana biji-biji tersebut sebelumnya berwarna putih kemudian setelah matang akan berwarna hitam (Nigella).
Habbatussauda mula ditemukan di makam Tutan- khamen di Yunani Kuno dimana pada saat itu raja-raja dikubur bersama-sama dengan Nigella untuk membantu diakhir hidup- nya. Biji habbatussauda mengandungi 40% minyak constan dan 1,4% minyak aviari, juga mengandung 15 amino acid, protein, calsium, zat besi, sodium dan pottasium. Sedangkan komposisi paling penting adalah: Thymoquinone (TQ), Dithymo- ouinone (DTQ), Thymohydro- quinone (THQ) dan Thymol (THY). Kalangan ahli perubatan tadinya menolak keras adanya sebuah herba yang bisa menyembuhkan penyakit. Tapi, ketika ilmuwan muslim melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya tersebut.

7 Nilai Permakanan Habbatus Sauda

1. Nilai pemakananBlack Seed kaya dengan :• monosaccharide glukosa, xylosa dsb.• polysaccharide• fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan• amino acid yang membentuk protein• karotene iaitu sumber vitamin A• kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasiKajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, Black Seed berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamineHistamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Black Seed mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumorKajian in vitro mendapati Black Seed berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteriaPenyelidikan ke atas bahan ini mendapati Black Seed mempunyai aktiviti anti-bakteria. Black Seed didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)Black Seed didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susuKombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Black Seed menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Tiada ulasan: